Monday 13 June 2011

Gemuk VS Buncit

Pada pukul 4 petang seorang wanita comel berlari berkejaran pantas menuju ke lapangan terbang KLIA. Masa tu dia dapat berita daripada kawannya bahawa lelaki yang beliau admire selama 2 bulan (namun lelaki itu turut meminati wanita comel itu tapi juga tidak di ketahui oleh wanita comel itu) akan ke luar negara iaitu Singapura untuk membawa hatinya yang sepi. Jauh itu bukan kepalang.

Sesudah beliau sampai ke KLIA pastinya beliau akan tercungap-cungap kerana beliau mempunyai berat yang tak berapa ringan ketika itu (walhal dia sudah berjanji pada diri sendiri bahawa dia akan berdiet).

"Bunciiiittttttttt!!" , jerit perempuan comel itu terhadap lelaki yang di admirenya itu. Buncit. Buncit adalah panggilan beliau terhadap lelaki itu kerana lelaki itu memanggilnya Gemuk. Dia tak gemuk sangat sebenarnya.

"Buncit pelis jangan pergi".

Kuk! satu sekehan hinggap diatas kepada Gemuk "Adoi! sakit lah!". Marah gemuk!

"Kalu kok ye pon ko taknak bagi aku pergi time sekarang ni agak-agak la sikit, aku da beli tiket flight mahal kot. Dah-dah blah. Rugi ni tiket aku. Bio aku pergi dulu Singapura tu, nanti aku datang balik jumpa ko ye gemuk."

Muka gemuk bereaksi sedih dan pilu. "Bukannya nak terharu aku mengejarnya kat KLIA untuk stop kan dia. Macam dalam drama/filem Melayu ada, Korea ada, Jepun ada, Omputih ada Cina ada pon ada gak. Kalu dalam drama yang selalu aku tengok pasti mereka akan membatalkan pemergian mereka dalam masa yang sama jugak walaupun sejauh mana mereka akan pergi pada ketika itu. Mereka tak berkira macam Buncit. " Panjang lebar hati Gemuk berbisik.


"Buncit cepat balik ye". Pinta Gemuk dalam hati sampai tangannya memegang bengkak yang disekeh oleh Buncit tadi.

to be continue....

No comments:

Post a Comment